Morfologi luaran Kupu-kupu

Anggota-anggota tubuh kupu-kupu

Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak, iaitu kepak depan dan kepak belakang di setiap sisi kiri dan kanan tubuh. Tubuh kupu-kupu terdiri daripada tiga segmen, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala kupu-kupu dilengkapi dengan sepasang sesungut, sepasang mata majmuk, dan sebatang probosis (belalai).

Kupu-kupu mempunyai sepasang sesungut, sepasang mata majmuk, dan sebatang probosis

Sisik

Kupu-kupu bercirikan kepak yang disaluti dengan sisik. Pewarnaan kepak kupu-kupu dihasilkan oleh sisik yang amat halus. Sisik-sisik ini berpigmen melanin yang memberinya warna hitam dan perang, tetapi warna biru, hijau, merah dan lain-lain biasanya tidak dihasilkan oleh pigmen, sebaliknya oleh mikrostruktur sisik itu. Pewarnaan struktur ini berpunca daripada serakan cahaya secara koheren oleh sifat sisik yang hablur fotonik.[13][14][15] Sisik itu melekap pada kepak dengan agak longgar dan mudah tertanggal tanpa mengapa-apakan kupu-kupu.

Imej fotograf dan mikroskop bercahaya
Pandangan zum jauh Inachis io.Pandangan dekat sisik pada spesimen yang sama.Pembesaran gambar tinggi bagi sisik yang berwarna (mungkin spesies lain).
Imej mikroskop elektron
Sebahagian kepakPandangan dekat sisikSekeping sisikMicrostruktur sisik
Pembesaran gambarKira-kira ×50Kira-kira ×200×1000×5000

Rujukan

WikiPedia: Kupu-kupu http://www.univie.ac.at/Voelkerkunde/apsis/aufi/ri... http://newswise.com/articles/view/547899/ http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199405/butte... http://www.todayifoundout.com/index.php/2011/10/ca... http://www.stanford.edu/group/CCB/Pubs/Boggs_pdfs/... http://entomology.ifas.ufl.edu/creatures/main/sear... http://ebd06.ebd.csic.es/pdfs/Herrera.1987.Oikos.p... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1617347 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC28060 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11380661